Monday, March 23, 2009

Sunday, March 22, 2009

Latar Belakang Syarikat

ISMA MEWAH ENTERPRISE ditubuhkan pada bulan mac 2007,Diperakui sebagai Kontraktor Bumiputra oleh Kementerian Kewangan Malaysia.Bergiat aktif dalam perkhidmatan bekalan khususnya dalam bidang pembekalan makanan bermasak(catering).Matlamat kami adalah membekalkan dan menyediakan makanan yang berkualiti dan bermutu dan memenuhi citarasa ramai.Mampu bersaing dipasaran tanpa mengenepikan nilai-nilai kebersihan dan kemanusiaan.
Semangat kerja berpasukan yang tinggi diantara kumpulan pengurusan sokongan dan mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan.Disamping itu kami juga mempunyai kakitangan yang cekap dan bertanggungjawab.
Sejak beroperasi hingga kini ISMA CATERING telah diberi kepercayaan dan berjaya memperolehi kontrak dari pusat-pusat Pengajian Tinggi Awam dan swasta,Jabatan Kerajaan,badan-badan berkanun , pihak swasta dan persendirian.

Dengan sikap dedikasi kakitangan dan pengurusan yang berpengalaman dari ISMA CATERING ,kami bersedia menghadapi cabaran yang tinggi dalam bidang pembekalan dan penyediaan makanan yang berkualiti tinggi,bagi menyahut seruan kerajaan untuk melangkah menuju matlamat Wawasan 2020.